Kalau kita risau, takut, turn our fears into doa kepada Allah, kunci kepada future yang ghaib
Dengan taufik dari Allah,
saya melihat ini adalah sebuah keutamaan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم .
Beliau tidak menuntut, tidak memaksa, tidak melafazkan permintaan, hanya menengadahkan wajah ke langit penuh adab dan harap, lalu Allah menjawab sebelum permintaan itu terucap.
Ayatnya
قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ
“Sungguh Kami telah melihat bolak-balik wajahmu ke langit...”
(QS. Al-Baqarah: 144)
Allah tidak mengatakan: “Kami mendengar permintaanmu,” tetapi:
Kami melihat wajahmu.
Artinya, gerak halus Nabi ﷺ saja diperhatikan. Isyarat beliau terbaca. Diam beliau dipahami. Harapan beliau diketahui.
Ini maqam yang agung.
Tadabbur dari ayat ini,
Islam itu Realistis
Menjadi muttaqin bukan berarti menjadi malaikat yang tidak pernah salah. Islam mengakui sifat manusiawi (basyariyyah) yang bisa lupa dan khilaf.
Kualitas Takwa Diukur dari Respons
Kehebatan seorang muttaqin bukanlah pada ketiadaan dosa, melainkan pada kecepatan taubatnya. Begitu tergelincir, ia ذَكَرُوا۟ ٱللَّهَ (langsung ingat Allah) dan فَٱسْتَغْفَرُوا۟ (langsung minta ampun).
Harapan vs. Putus Asa
Ayat وَمَن يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ (Dan siapa lagi yang mengampuni dosa selain Allah?) adalah penegasan terkuat untuk melawan keputusasaan. Sebesar apa pun dosa (bahkan fāḥisyah), hanya Allah yang berhak mengampuninya, dan Dia Maha Pengampun.
Pentingnya Tsadzakkur (Ingat)
Kunci dari taubat adalah ذَكَرُوا۟ ٱللَّهَ (ingat Allah). Ingat akan kebesaran-Nya, pengawasan-Nya, dan ancaman siksa-Nya, sekaligus ingat akan keluasan rahmat-Nya.
Syarat Taubat yang Diterima
Taubat bukan sekadar istighfar di lisan. Syarat utamanya ada di akhir ayat: وَلَمْ يُصِرُّوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلُوا۟ (dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu). Iṣrār (terus-menerus dalam dosa) adalah lawan dari taubat sejati. Taubat berarti berhenti dan bertekad tidak mengulangi.
Taubat Berbasis Ilmu
Frasa penutup وَهُمْ يَعْلَمُونَ (sedang mereka mengetahui) menunjukkan bahwa taubat mereka didasari oleh kesadaran dan ilmu; mereka tahu bahwa itu salah, mereka tahu bahwa Allah Maha Pengampun, dan mereka tahu bahwa mengulangi dosa itu adalah kebodohan.
Pelajaran penting, kadang rahmat Allah itu datang dengan bentuk seorang belum mendaptkankan apa yang ia inginkan.
Seperti Nabi zakariya, ia tidak atau belum dikaruniai anak dalam waktu yang lama.
Tapi kondisinya menyebabkan ia tunduk dan merintih dihadapan Allah, dan inilah sebesar besar bentuk ibadah kepada Allah ta'ala.
Ketika engkau mengalami sebuah kesulitan, engkau kembali kepada Allah.
Baik kesulitan dunia atau agama.
engkau gemar maksiat, mintalah ati yang bersih...
engkau gemar melihat yang haram, mintalah Allah agar membuatmu benci kepada apa yang engkau lihat.
engkau tidak bisa khusyu', mintalah hati yang khusyu'...
Kebutuhan kita tidak hanya duniawi saja.....
Welcome to Suffah
Posts, reflections and conversations from people around the world — open to everyone.
Nikmat
(Al-Fatihah 1:7)
Lafaz أَنْعَمْتَ (an’am-ta) bermaksud 'nikmat yang telah Engkau~'. Hebatnya al-Quran, 'nikmat' itu tidak pernah definisinya satu sahaja. Kata akarnya ialah نعم (na’a ma) dan al-An’am juga mempunyai kata akar yang sama. Al-An’am bermaksud binatang/haiwan.
Binatang merupakan nikmat yang besar buat orang Arab. Dagingnya boleh dimakan dan kulitnya boleh dijadikan beberapa produk yang bermanfaat. Begitu juga hasil tenusu.
Na’a-ma juga bermaksud kelihatan tenang. Kita perhatikan lembu yang sentiasa nampak tenang selagi tiada unsur ancaman. Kalau bertembung lembu di tengah jalan tu, tenangnya mereka ini bikin geram juga kita dibuatnya.
Perhatikan kata sebelum an’am-ta ialah sirath (صِرَٰطَ) yang bermaksud jalan. Inilah ciri utama an’am-ta iaitu cara berjalan dengan tenang di atas titian sirath.
4 golongan yang akan menerima أَنْعَمَ (nikmat) dari Allah SWT ialah:
1. An-Nabiyyin
2. As-Soddiqin
3. As-Syuhadak
4. As-Solihin
(Boleh rujuk Surah an-Nisa’ 4:69)
Kita beralih pada perkataan تَ (ta) pada ayat أَنْعَمْتَ. Kedudukan perkataan yang sangat dekat dengan kalimah an’am-ta.
Ta bermaksud 'Engkau' dan ini merujuk kepada Allah azzawajalla. Menunjukkan Allah azzawajalla sangat suka dikaitkan dengan 4 golongan ini dan yang paling best, Allah mahu dekat dengan mereka. Boleh baca pada ayat 69 Surah an-Nisa’, firman Allah; 'Dan amatlah elok mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).'
Allahuakbar.
Macam mana kita mahu jadi sebahagian dari 4 golongan ini?
Sekurang-kurangnya kita mampu meraih pangkat as-Solihin.
As-Solihin = soluha (صلح) bermaksud membaiki => mereka ini sentiasa target supaya hari ini lebih baik dari semalam. mereka juga suka membawa kebaikan kepada orang sekitarnya. Pendek kata sentiasa bergerak bersama kebaikan.
Jadi tidak hairanlah para nabi dan rasul ketika menerima dugaan berat, mereka mampu menghadapi dengan tenang. Rupanya mereka tahu, itu adalah nikmat buat mereka. Nikmat dekatnya Allah azzawajalla dengan mereka melalui kata تَ.
Kita sebagai orang yang mahu berada dalam golongan as-Solihin, cuba lihat role model melalui setiap kisah di dalam al-Quran. Renungan berat untuk kita jika benar-benar mahu 'fattabiouni'.
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ ٣١
Katakanlah (wahai Muhammad): 'Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(3:31)
-annas: seruan ats semua manusia utk igt nikmat Allah, bukan utk org beriman je
-nikmat allah terlalu byj, plg besar, keimanan, islam, kefahaman agama, ukhuwah
-allah; ilah, malik, rabb
-allah suruh kita berfikir sejauhmana nikmat allah ni buat kita makin menyumbang kpd allah dan mengajak org lain
Saya melihat hampir seluruh manusia berpaacu untuk mendapat kesenangan Duniawi
Ini adalah ayat yang begitu sering kita dengar, hingga kita tidak lagi benar-benar mendengarkannya. Kita tidak memperhatikan betapa luar biasanya ayat ini.
Salah satu amalan terbaik adalah bersedekah. Kata sadaqah berasal dari kata ṣidq (صدق), yang berarti 'kebenaran'. Bersedekah adalah bukti keikhlasan seseorang dalam berkorban demi agama.
Pahala sedekah sangatlah besar. Bayangkan satu benih yang ditanam bisa menghasilkan 700 kali lipat manfaat atau lebih, tergantung pada kadar keikhlasan seseorang. Sesuatu yang tampak sederhana, seperti sebiji kurma yang disedekahkan, bisa dilipatgandakan hingga 700 kali dalam timbangan amal kita. Subhanallah!
Sedekah juga menjadi sarana menghapus dosa dan obat bagi hati yang gelisah. Penelitian menunjukkan bahwa memberi tidak hanya bermanfaat bagi orang lain, tetapi juga bagi pikiran, tubuh, dan jiwa kita. Orang yang gemar bersedekah cenderung lebih bahagia dan merasa lebih tenang. Mereka tidak takut akan masa depan, juga tidak menyesali masa lalu.
Sedekah menciptakan efek berantai yang luar biasa, seperti gelombang yang terus mengalir membawa keberkahan—baik dalam harta maupun waktu kita!
Grow with your community
Follow people you trust, share what you learn, and take part in conversations that matter.
kemenangan bukan kekalahan kafir semata, tp bila org beriman mampu meninggikan allah daripada nafsu dan kehendak mereka, diorg dh menang.
allah skli lagi igtkan tugas rasul sebagai pembawa risalah dan agama yg benar
Sewaktu saya nak pindah rumah hari itu, ada satu kejadian yang menyedihkan saya. Rak baju yang telah dipasang telah rosak. Perkara tersebut membuatkan saya sentiasa berfikir. Sepatutnya aku buat begini begitu dan seribu satu perkara yang terlintas dalam minda saya.
Namun saya kembali bertenang apabila membaca ayat ini. Ia mengingatkan saya walaupun kita cuba sedaya upaya untuk jaga, untuk peliharanya.... satu hari nanti ia akan hancur juga.
Begitu juga semua benda yang kita miliki di dunia. Semuanya akan hancur dan kita tidak akan memilikinya selama-lamanya. Maka, ini membuatkan saya kurang rasa sedih dan kecewa. Kerana akhirnya semua akan hancur. Hanya Allah SWT yang Maha Kekal.
Wallahu A'lam.
RAMADHAN LAGI 50 HARI
Surah 50 Qaaf Ayat 45
menyarankan agar sebarkan peringatan dari al-Quran agar berlakunya ketakutan pada Hari Akhirat.
Ramadhan bulan 'tadarus'. Tadarus bukan hanya baca, tetapi berkongsi pelajaran.
Sarang labah labah sebenarnya dihasilkan dengan satu bahan yang kukuh, kalau dipintal sebatang pensel, memang suteranya nanti kalis peluru. Namun apa yang dirakamkan surah ini ialah perihal semasa labah-labah itu membina sarang, disangka pembinanya akan kukuh, namun sangatlah lemah.
Itulah metafora Tuhan pada potensi setiap manusia, namun apa kesudahan potensi itu bila tiada iman, apa terjadi pada tamadun yang asalnya 'ahsani taqwim' namun penduduknya memilih untuk menjadi 'asfala safilin' dan berwatak regim.
https://www.facebook.com/share/v/1B5tpYTuKo/?mibextid=wwXIfrl
Join the conversation
Reply, repost and save the posts you love. Everything starts with a free account.
Semua yang ada di bumi akan rusak, binasa, mati dan sirna. Nanti pada waktunya, kita juga akan dimintai pertanggungjawaban atas apa yang telah kita lakukan, kita ucapkan, kita lihat. Semua yang kita perbuat.
Maka, jangan terlena dengan kenikmatan-kenikmatan yang ada di dunia. Hanya kepada Allah kita akan kembali, semoga kita akan kembali dalam keadaan baik.
Surah ini dimulakan dengan huruf muqatta'ah الر. Biasanya kita melihat pada surah-surah lain, ia dipisahkan menjadi ayat yang berasingan dengan ayat selepasnya. Namun pada surah ini, ia tidak dipisahkan dengan ayat selepasnya.
Perkara yang menarik perhatian saya ialah pada kalimah تلك yang seolah-olah mengatakan kandungan al-Quran itu seperti الر yang terlalu unik, sistematik dan disusun indah sehingga menarik perhatian sesiapa yang mendengarnya.
Segala bentuk peraturan, hukum-hakam, sistem yang terkandung dalam al-Quran itu telah dicatur dan dibentuk dengan tahap kebijaksanaan yang luar biasa, yang tidak mungkin disusun oleh manusia. Setiap syariat menatijahkan kesan baik jika dilakukan dan kesan buruk jika ditinggalkan, dan kesan itu membentuk rantaian kesan-kesan (ripple effect) pada perkara lain.
Berbanding dengan peraturan yang disusun oleh manusia biasanya tidak menghasilkan kesan berantai-rantai. Tetapi menatijahkan kebaikan pada satu pihak, tetapi satu pihak lagi akan rugi.
Indahnya lagi, apabila ayat ini diakhiri dengan الْحَكِيمِ yang membuktikan hikmah kebijaksaan Allah sebagai Maha Pengatur dan Penguasa. MasyaAllah!
[Bantuan Allah Datang Tanpa Disangka]
Syaitan sentiasa berusaha untuk menghancurkan manusia. Antara cara Syaitan akan gunakan ialah dengan menghasut manusia agar dengki dan membenci antara satu sama lain. Akibatnya, manusia yang termakan dengan hasutan syaitan ini akan melakukan rencana secara sembunyi untuk menghancurkan orang lain.
Bagaimana kalau kita tak tahu apa yang sedang dirancang oleh orang lain? Situasi ini akan menyebabkan kita rasa tak tenteram. 'Anxiety level' kita pun akan jadi semakin tinggi. Dalam keadaan ini, apa yang kita boleh lakukan?
Mari kita ambil iktibar daripada kisah Ashabul Fil:
أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ
Maksudnya:
Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
(Surah al-Fil, 105:2)
Perkataan كَيْدَ bermaksud satu perancangan yang jahat. Menurut as-Syaukani, Abrahah mahu memastikan bukan sahaja Kaabah dapat dihancurkan, tetapi juga mahu menghancurkan orang Quraisy. Begitu juga perancangan ini tidak diketahui dan dilakukan secara sembunyi-sembunyi.
Dalam keadaan manusia lain tidak tahu, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan semua perkara. Bantuan Allah datang dalam keadaan tidak terduga. Maka, kita perlu percaya bahawa Allah AWT mampu dan akan menolong para hamba-Nya.
Sebab itu juga, untuk hilangkan rasa resah gelisah dalam kehidupan, percaya juga bahawa sentiasa ada Allah untuk melindungi. Dalam keadaan kita tidak tahu apa yang orang lain cuba merencanakan untuk kita, berdoalah kepada Allah SWT agar kita dihindari daripada dengki manusia lain yang menghancurkan.
Antara doa yang penting untuk diamalkan ialah:
إِذۡ أَوَى ٱلۡفِتۡيَةُ إِلَى ٱلۡكَهۡفِ فَقَالُواْ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةٗ وَهَيِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدٗا
Maksudnya:
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: 'Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami'.
(Surah al-Kahfi, 18:10)
Pemuda al-Kahfi, meminta dua perkara penting yang akan meliputi semua bantuan daripada Allah SWT:
1) Kalimah رَحۡمَةٗ
2) Kalimah رَشَدٗا
Kalimah رَحۡمَةٗ ialah apabila kita meminta untuk Allah SWT mengasihani kita. Kita akui bahawa kita makhluk yang sangat lemah dan tak mampu mengetahui hal-hal yang tersembunyi.
Manakala, kalimah رَشَدٗا pula adalah bertujuan supaya kita meminta Allah SWT bantu persediaan kita dalam apa jua keadaan yang mendatang. Perkara ini melibatkan emosi, perasaan, dan 'expectation' kita.
Hal ini menunjukkan doa yang pemuda al-Kahfi lafazkan ini ialah doa yang meminta pertolongan dalam keadaan kita tak mampu untuk berbuat apa-apa. Lemah dari sudut emosi dan fizikal.
Maka, kita perlu sentiasa optimis… bahawa ketika kita tak mampu mengawal keadaan. Ketika kita dalam keadaan sangat memerlukan bantuan, percayalah bahawa bantuan Allah akan datang tanpa kita sangka.
Wallahu A'lam…..
[Kekal Tenang, Percayalah Kita Akan Berjaya!]
Semakin kita meningkat usia, semakin mencabar kehidupan kita. Adakalanya kita rasa seperti mahu berputus asa. Letih dan lelah dengan semua perkara yang sedang berlaku. Begitu juga bagaimana semua perkara bergerak dengan laju pada zaman sekarang. Sehinggakan kita rasa sangat 'overwhelmed' dengan keadaan sekeliling.
Sebagai Muslim, kita perlu percaya bahawa al-Quran merupakan panduan kehidupan. Dalam keadaan mencabar, kita perlu sentiasa kembali kepada al-Quran. Maka, antara ayat penting yang boleh jadi motivasi buat kita untuk teruskan kehidupan dengan cemerlang ialah:
سَلَـٰمٌ عَلَيْكُم بِمَا صَبَرْتُمْ ۚ فَنِعْمَ عُقْبَى ٱلدَّارِ
Maksudnya:
(Memberi hormat dengan berkata): 'Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.
(Surah ar-Ra’d, 13:24)
Menurut Abul A'la al-Maududi dalam Tafheemul Quran, beliau mengatakan ayat ini menandakan berita gembira yang teramat sangat bagi mereka yang telah bersabar atas kehidupan di dunia yang penuh dengan cabaran. Para malaikat akan datang dengan bilangan yang banyak untuk memberikan salam. Salam ini menggambarkan dua berita yang gembira:
1) Sekarang berada di tempat yang penuh ketenangan
2) Tidak akan ada dukacita, bahaya dan kerisauan sama sekali
Masha Allah, sudah semestinya setiap dalam kalangan kita mahukan semua perkara ini, benar? Maka, ada ke tempat yang dimana semuanya tenang, dan tidak ada sesuatu yang perlu dirisaukan? Ada, iaitu Syurga!
Ayat ini mengajar kita satu mindset yang penting, iaitu 'futuristic mindset'. Sebagai orang beriman, kita perlu percaya bahawa apa-apa yang berlaku di dunia sebenarnya sebuah persediaan menuju akhirat. Setiap kesenangan, kesusahan yang dialami akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.
Oleh itu, kita perlu terus kuat dan tabah menghadapi kehidupan dunia. Jadikan syurga sebagai destinasi utama buat kita. Dengan cara ini, kita mampu untuk menambahkan daya tahan kita untuk menghadapi kehidupan dunia yang penuh dengan cabaran. Kekal tenang, percayalah kita akan berjaya!
Wallahu A'lam....
Your voice, your space
Suffah is open source and built for everyone. Create your account in a minute.
Tentang Sementara
وَٱلضُّحَىٰ (١) . وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ ( ٢)
Demi waktu dhuha . Dan malam apabila ia sunyi-sepi ,
(Surah ad-Duha, 93:1 & 2)
Setiap hari kita ada waktu Dhuha. Setiap hari kita akan berjumpa dengan malam.
Namun, kedua-dua waktu ini bukan selama-lamanya. Waktu Dhuha akan berakhir juga. Selepas Malam akan datang kembali siang.
Begitulah kehidupan kita. Penuh dengan kesementaraan..
Semua datang dan pergi. Hanya satu yang kekal:
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
(Surah ad-Duha, 93:3)
Allah sentiasa ada. Sama ada pada waktu Dhuha ataupun malam. Dia sentiasa ada bersama kita…. Tidak pernah sekali-kali membenci mahupun meninggalkan kita.
Percayalah, Susah Payah Kita Dihargai Tuhan
Sebagai manusia, sudah menjadi lumrah kita memang sukakan pujian daripada orang lain. Kita mahukan validasi. Kita suka kalau segala kerja dan susah payah kita dihargai orang lain. Selalunya pujian daripada orang lain, terutamanya orang yang kita sangat hormati akan membuatkan kita makin semangat untuk buat yang terbaik.
Namun, bukan semua perkara akan dilihat oleh orang lain. Kadangkala, kita letih buat semua perkara. Kita banyak berkorban untuk melakukan sesuatu tugasan. Banyak wang dan tenaga yang kita telah gunakan. Tetapi pada akhirnya, usaha kita tidak dihargai. Malah kita juga turut diperlekehkan atas usaha yang kita lakukan.
Dalam keadaan begini, sudah semestinya kita akan rasa kecewa. Kita rasa seolah usaha kita selama ini sia-sia, dek kerana tidak dihargai oleh orang lain. Bagaimana kita mahu menghadapi keadaan ini?
Ayuh sama-sama kita Tadabbur beberapa ayat daripada Surah an-Najm. Firman Allah SWT:
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَـٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ
Maksudnya:
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
(Surah an-Najm, 53:39)
Menurut Ibnu Asyur, perkataan سَعَىٰ dengan lebih terperincinya bermaksud semua perbuatan yang dilakukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Hal ini bermaksud bahawa jika kita usaha bersungguh-sungguh, maka kita akan dapat hasil seperti yang kita usahakan. As-Syukani membuat komentar berkenaan ayat ini bahawa kalau seseorang itu hanya melakukan secara individu maka, sepatutnya dia akan mendapat hasil tersebut secara individu.
Jika kita fahami betul-betul, tindakan dan usaha kita adalah berdasarkan usaha kita sama ada secara individu ataupun berkumpulan. Jika kita bekerjasama secara kumpulan, maka hasil sebenar kita akan rasai secara bersama. Namun, jika kita bersusah paya dan lakukan secara sendirian, walaupun perit, maka kita akan dapat manfaat hasil usaha sendirian.
وَأَنَّ سَعْيَهُۥ سَوْفَ يُرَىٰ
Maksudnya:
Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);
(Surah an-Najm, 53:40)
Menurut al-Wahidi, ayat ini memberi gambaran kepada kita bahwa setiap usaha kita akan diperlihatkan. Hal ini bermaksud bukan sahaja hasil, tetapi juga tingkah laku dan perbuatan kita dalam proses mencapai natijah juga akan diperlihatkan. Dengan erti kata lain, di dunia ini, bila orang lain tak nampak 'struggle' kita, Tuhan nampak dan hargai apa yang kita lakukan.
Manusia mungkin akan nampak di akhirat sahaja, tetapi Allah SWT sejak di dunia lagi sudah nampak semua usaha kita. Apabila kita rasa macam usaha kita tidak dihargai orang lain, langsuang tidak diberikan perhatian, percayalah bahawa Tuhan menghargainya. Apabila kita rasa usaha kita tidak berbaloi, percyalah bahawa setiap perbuatan walaupun kecil, ada nilai di sisi-Nya.
Kesimpulan:
Sebagai Muslim yang beriman dengan Allah SWT, jangan pernah rasakan bahawa setiap usaha kita sia-sia. Setiap perkara walaupun sekecil zarah, akan dinilai. Jika baik proses kita menuju natijah baik, maka baiklah semuanya. Namun, jika buruk proses kita menuju natijah, maka buruklah semuanya:
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًۭا يَرَهُۥ . مَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍۢ شَرًّۭا يَرَهُۥ
Maksudnya:
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Surah al-Zalzalah, 99: 7-8)
Oleh itu, percayalah bahawa segala usaha kita akan dinilai oleh Allah SWT. Jika manusia tidak nampak semua susah payah kita, percayalah bahawa Allah SWT melihat segalanya. Percayalah semuanya dihargai oleh-Nya….
Kita Tak Boleh Ubah Orang Lain
Setiap dalam kalangan kita mesti sayangkan ahli keluarga. Kita juga semestinya sayang kepada rakan-rakan dan kenalan yang lain.
Oleh sebab itu, kita akan cuba yang terbaik untuk memastikan mereka sentiasa berada di atas jalan kebenaran. Kita sangat gembira kalau mereka juga boleh menerima nasihat-nasihat kita yang membawa mereka dekat dengan agama.
Namun, secara realitinya ia bukan semudah itu. Cabaran terbesar bagi kita sebenarnya ialah untuk mengubah orang yang rapat dengan kita.
Disebabkan ini, kita akan rasa sangat terkesan jika mereka menolak nasihat kita. Bahkan mungkin akan sampai kepada satu peringkat, mereka mula memperlekehkan kita.
Dalam keadaan ini, apa yang perlu kita lakukan? Adakah ada ayat al-Quran yang boleh membantu kita menghadapi situasi sukar ini?
Firman Allah SWT:
فَذَكِّرْ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٌ - لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُسَيْطِرٍ
Maksudnya:
Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).
(Surah al-Ghasyiyah, 88: 21 - 22)
Melalui ayat ini, kita boleh lihat bahawa Rasulullah SAW juga pernah menghadapi situasi yang hampir sama. Baginda ada rasa sedikit kegusaran kerana ramai yang telah menolak dakwah baginda ketika itu.
Dalam kalangan yang menolak baginda merupakan keluarga dan kenalan rapat ketika itu. Akibatnya, baginda rasa sangat kecewa. Namun ayat ini memberikan satu mesej yang penting. Bahawa bukan semua benda kita boleh kawal.
Terutamanya dalam mengubah manusia. Perkataan yang sesuai untuk gambarkan tugasan kita yang sebenar ialah مُذَكِّرٌ (pemberi ingatan). Kita hanya mampu memberikan nasihat dan teguran, namun kita tak boleh mengubah mereka.
Ayat لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُسَيْطِرٍ menggambarkan tentang keadaan kita yang sebenar. Menurut al-Alusi, yang dimaksudkan dengan ayat ini ialah tidak kita tak boleh memaksa mahupun mengharapkan orang terus berubah atas kehendak kita.
Kerana pada akhirnya, yang boleh memberi hidayah kepada mereka hanyalah Allah SWT. Ini diterangkan kepada Nabi juga dalam al-Quran tentang situasi baginda dengan bapa saudara, Abu Talib:
إِنَّكَ لَا تَهْدِى مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ يَهْدِى مَن يَشَآءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِٱلْمُهْتَدِينَ
Maksudnya:
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
( Surah al-Qasas, 28:55)
Maka kesimpulan penting di sini ialah jangan pernah rasa kecewa apabila kita tak dapat ubah orang lain. Rasulullah SAW, insan yang mulia juga tidak dapat mengubah bapa saudaranya sendiri, apatah lagi kita.
Benar, kita boleh sentiasa memberi peringatan. Tetapi untuk ubah mereka pada akhirnya adalah atas diri mereka sendiri. Benar, bahawa Allah boleh beri hidayah kepada mereka, bahkan hidayah merupakan aspek penting untuk seseorang itu berubah.
Namun, jika mereka sendiri tidak mahu berubah, maka ia tidak akan beri kesan kepada mereka walaupun kita sudah cuba dengan pelbagai kaedah dan cara.
Teruskan usaha untuk menasihati orang terdekat. Namun, jika mereka menolak jangan pernah rasa kecewa. Teruskan berdoa agar Allah memberikan mereka hidayah. Dan berdoa juga agar mereka diberikan kelembutan hati dan kerelaan hati untuk mengubah diri mereka sendiri
Wallahu A’lam…
Salah satu punca banyak kejahatan yang dilakukan oleh manusia ialah apabila kita rasa dengki dengan orang lain.
Dengki dengan semua perkara yang orang lain ada, sedangkan kita tiada.
Syaitan suka sangat kalau kita dengki dengan orang lain. Sebab waktu itu dia lagi banyak bisik perkara-perkara jahat kat kita.
Macam mana nak hilangkan dengki ini? Satu sahaja, SYUKUR!
Bersyukur dengan apa yang kita ada. Dengan bersyukur kita akan sentiasa rasa semua apa yang kita ada dah cukup.
Kerana semua manusia dapat dengan kadar yang cukup bagi masing-masing.
{ فَٱذۡكُرُونِيٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُواْ لِي وَلَا تَكۡفُرُونِ }
Maksudnya:
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
(Surah al-Baqarah, 2:152)
Welcome to Suffah
Posts, reflections and conversations from people around the world — open to everyone.
Salah satu perkara penting yang kita perlu develop sejak dari zaman muda ialah keyakinan.
Keyakinan ini akan bantu dalam kita melakukan sesuatu perkara. Lihat bagaimana Nabi Yusuf dengan yakin menawar diri untuk menjadi menteri kewangan.
Bagaimana Nabi Yusuf begitu yakin? Kerana baginda tahu mana kelemahan dan kekurangan.
Maka, kita sendiri perlu kenal apa kelebihan dan kelemahan kita. Zaman sekarang dipanggil SWOT.
S - Strength
W - Weakness
O - Opportunity
T - Threat
Kenal diri sendiri dahulu. Selepas kenal, letakkan diri di tempat yang mampu memberikan skill untuk tujuan masa akan datang.
Insya Allah, sepertimana Nabi Yusuf as... Kita juga mampu menjadi orang yang hebat pada masa akan datang 💪🏻
Beberapa tahun yang lalu, saat itu aku masih tidak tahu apapun tentang bahasa Arab. Hari itu aku memiliki masalah yang sangat rumit. Cobaan hidup bertubi-tubi menimpaku. Dengan hati yang kacau, aku mulai membaca Alquran. Entah kenapa tanganku memilih surah Yusuf. Ayat demi ayat aku membacanya dengan tartil. Sampai pada ayat ke 86, aku menangis sejadi-jadinya. Seakan ada yang menepuk jantungku. Aku juga tak tahu kenapa aku menangis se-histeris itu. Lalu aku mulai membaca artinya. Dan sungguh hatiku semakin tersentuh. Sesungguhnya hanya kepada tuhanku lah aku mengadukan keluh kesahku.
Allah s.w.t. beri action plan kepada Rasulullah s.a.w. setelah mengingatkan Baginda s.a.w. tentang nikmat-Nya yang melimpah ruah.
1. Tunaikan solat.
2. Laksanakan korban.
Kalimah وانحر adalah kalimah yang umum, bermaksud bukan sahaja sembelihan, tetapi juga apa-apa jenis pengorbanan yang boleh kita lakukan seperti infaq harta dll.
Hikmahnya,
Solat menatijahkan tenang.
Korban menatijahkan bahagia.
Bukankah membahagiakan orang lain, juga akan dapat membahagiakan diri sendiri?
Bukan mudah untuk tetap berada dalam kesyukuran saat diuji. Lebih-lebih lagi apabila Allah s.w.t. menguji kita dengan nikmat yang paling kita sayang seperti yang dilalui oleh saudara-saudara kita di Gaza 😢
Seperti Rasulullah s.a.w yang bersedih hati diejek oleh pakciknya sebagai seorang yang al-Abtar (terputus zuriat keturunan) pada hari pemergian anak-anak lelaki Baginda s.a.w., Allah pujuk Baginda s.a.w. dengan surah ini agar Baginda s.a.w. tetap bersyukur atas nikmat-nikmat Allah s.w.t. yang tak terkira.
Grow with your community
Follow people you trust, share what you learn, and take part in conversations that matter.
Para ulama mengatakan bahwa salah satu sebab mereka mengingkari hari kiamat adalah mereka ingin terus berbuat kefajiran, kemaksatan dan kejahatan lainnya.
Iman kepada hari akhir tentu akan menyulitkan mereka.
(Al-Fatihah 1:3)
Meyakini bahwa Allah akan selalu mencintaimu, tidak peduli berapa banyak dosa yang telah kamu lakukan, adalah pengingat yang kuat akan kasih sayang-Nya yang tanpa syarat. Rahmat-Nya terbuka untuk semua orang yang ingin kembali kepada-Nya, memberikan harapan dan kenyamanan bagi mereka yang mungkin merasa tersesat atau terbebani oleh kesalahan mereka.
English translation:
Believing that Allah will always love you, no matter how many sins you have committed, is a powerful reminder of His unconditional compassion. His mercy is indeed open to everyone who seeks to return to Him, offering hope and comfort to those who may feel lost or burdened by their mistakes.
(Al-Fatihah 1:2)
Senantiasa memuji Allah dan mensyukuri segala nikmat-Nya.
English translation:
Constantly praise Allah and be grateful for all His blessings.
(Al-Fatihah 1:1)
Memulai setiap perbuatan yang baik dengan menyebut nama Allah (basmalah) dan selalu mengingat bahwa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
English Translation:
Starting every good deed by mentioning the name of Allah (basmalah) and always remembering that Allah is Most Gracious and Most Merciful.
Join the conversation
Reply, repost and save the posts you love. Everything starts with a free account.
Pernah satu waktu saya merasa sangat jauh dari Allah disebabkan oleh dosa dan maksiat yang saya lakukan sendiri.
saya merasa kotor dan tidak pantas untuk dicintai Allah, lalu saya sholat dan membaca surah Ad-duhaa, ketika saya sampai pada ayat ini, hati saya bergetar hebat mengingat arti dari ayat ini.
'Tuhanmu tidak meninggalkan mu, dan tidak pula membencimu' seolah jawaban langsung dari Allah atas perasaan saya bahwa sekotor apapun seorang hamba, jika dia datang kepada-nya dengan air mata penyesalan dan bersungguh-sungguh mengharap ampunan-Nya maka Allah tetap memaafkan dan mencitainya dan bahkan tidak membencinya sama sekali. ayat ini membuat saya menangis dalam sholat saya, meluluhkan hati saya yang nyaris kering dan membuat saya tidak berputus asa dari Rahmat-Nya. Maha besar Allah dengan segala Firman-nya, sungguh Allah sangat baik pada setiap hamba-Nya. Allah memberi petunjuk pada siapa yang di hendaki dan menyesatkan siapa yang dihendaki.
Lihatlah Allah subhanahu wa ta'ala memuji Nabi Nuh dengan hamba yang banyak bersyukur, Allah tidak menggunakan kesabaran untuk memuji Nabi Nuh alaihissalam.
Suatu pelajaran penting dalam kehidupan bahwa sebanyak apapun masalah yang kita punya tidak menghalangi kita untuk bisa bersyukur kepada Allah subhanahu wa ta'ala.
Terlebih lagi jika kita dikarunia oleh Allah subhanahu wa ta'ala ilmu yang bermanfaat dan amal saleh, itulah nikmat di atas nikmat.
There's more to see
Log in or create a free account to read more posts, replies and conversations on Suffah.
Log in Create account