Salah satu perkara penting yang kita perlu develop sejak dari zaman muda ialah keyakinan.
Keyakinan ini akan bantu dalam kita melakukan sesuatu perkara. Lihat bagaimana Nabi Yusuf dengan yakin menawar diri untuk menjadi menteri kewangan.
Bagaimana Nabi Yusuf begitu yakin? Kerana baginda tahu mana kelemahan dan kekurangan.
Maka, kita sendiri perlu kenal apa kelebihan dan kelemahan kita. Zaman sekarang dipanggil SWOT.
S - Strength
W - Weakness
O - Opportunity
T - Threat
Kenal diri sendiri dahulu. Selepas kenal, letakkan diri di tempat yang mampu memberikan skill untuk tujuan masa akan datang.
Insya Allah, sepertimana Nabi Yusuf as... Kita juga mampu menjadi orang yang hebat pada masa akan datang 💪🏻