Back to Suffah

Reflection

T

Nikmat
(Al-Fatihah 1:7)

Lafaz أَنْعَمْتَ (an’am-ta) bermaksud 'nikmat yang telah Engkau~'. Hebatnya al-Quran, 'nikmat' itu tidak pernah definisinya satu sahaja. Kata akarnya ialah نعم (na’a ma) dan al-An’am juga mempunyai kata akar yang sama. Al-An’am bermaksud binatang/haiwan.

Binatang merupakan nikmat yang besar buat orang Arab. Dagingnya boleh dimakan dan kulitnya boleh dijadikan beberapa produk yang bermanfaat. Begitu juga hasil tenusu.
Na’a-ma juga bermaksud kelihatan tenang. Kita perhatikan lembu yang sentiasa nampak tenang selagi tiada unsur ancaman. Kalau bertembung lembu di tengah jalan tu, tenangnya mereka ini bikin geram juga kita dibuatnya.

Perhatikan kata sebelum an’am-ta ialah sirath (صِرَٰطَ) yang bermaksud jalan. Inilah ciri utama an’am-ta iaitu cara berjalan dengan tenang di atas titian sirath.

4 golongan yang akan menerima أَنْعَمَ (nikmat) dari Allah SWT ialah:
1. An-Nabiyyin
2. As-Soddiqin
3. As-Syuhadak
4. As-Solihin
(Boleh rujuk Surah an-Nisa’ 4:69)

Kita beralih pada perkataan تَ (ta) pada ayat أَنْعَمْتَ. Kedudukan perkataan yang sangat dekat dengan kalimah an’am-ta.

Ta bermaksud 'Engkau' dan ini merujuk kepada Allah azzawajalla. Menunjukkan Allah azzawajalla sangat suka dikaitkan dengan 4 golongan ini dan yang paling best, Allah mahu dekat dengan mereka. Boleh baca pada ayat 69 Surah an-Nisa’, firman Allah; 'Dan amatlah elok mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).'
Allahuakbar.

Macam mana kita mahu jadi sebahagian dari 4 golongan ini?
Sekurang-kurangnya kita mampu meraih pangkat as-Solihin.

As-Solihin = soluha (صلح) bermaksud membaiki => mereka ini sentiasa target supaya hari ini lebih baik dari semalam. mereka juga suka membawa kebaikan kepada orang sekitarnya. Pendek kata sentiasa bergerak bersama kebaikan.

Jadi tidak hairanlah para nabi dan rasul ketika menerima dugaan berat, mereka mampu menghadapi dengan tenang. Rupanya mereka tahu, itu adalah nikmat buat mereka. Nikmat dekatnya Allah azzawajalla dengan mereka melalui kata تَ.

Kita sebagai orang yang mahu berada dalam golongan as-Solihin, cuba lihat role model melalui setiap kisah di dalam al-Quran. Renungan berat untuk kita jika benar-benar mahu 'fattabiouni'.

‎قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ ٣١
Katakanlah (wahai Muhammad): 'Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(3:31)

Al-Fatihah (1:7)
The path of those upon whom You have bestowed favor, not of those who have earned [Your] anger or of those who are astray. (7)
3:12 am · 6 Nov 26 · 0 Views
0 Replies 0 Reposts 0 Quotes 0 Likes 0 Bookmarks
No replies yet
Be the first to add your thoughts

There's more to see

Log in or create a free account to read more posts, replies and conversations on Suffah.

Log in Create account
Log in to reply