Sewaktu saya nak pindah rumah hari itu, ada satu kejadian yang menyedihkan saya. Rak baju yang telah dipasang telah rosak. Perkara tersebut membuatkan saya sentiasa berfikir. Sepatutnya aku buat begini begitu dan seribu satu perkara yang terlintas dalam minda saya.
Namun saya kembali bertenang apabila membaca ayat ini. Ia mengingatkan saya walaupun kita cuba sedaya upaya untuk jaga, untuk peliharanya.... satu hari nanti ia akan hancur juga.
Begitu juga semua benda yang kita miliki di dunia. Semuanya akan hancur dan kita tidak akan memilikinya selama-lamanya. Maka, ini membuatkan saya kurang rasa sedih dan kecewa. Kerana akhirnya semua akan hancur. Hanya Allah SWT yang Maha Kekal.
Wallahu A'lam.