Tentang Sementara
وَٱلضُّحَىٰ (١) . وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ ( ٢)
Demi waktu dhuha . Dan malam apabila ia sunyi-sepi ,
(Surah ad-Duha, 93:1 & 2)
Setiap hari kita ada waktu Dhuha. Setiap hari kita akan berjumpa dengan malam.
Namun, kedua-dua waktu ini bukan selama-lamanya. Waktu Dhuha akan berakhir juga. Selepas Malam akan datang kembali siang.
Begitulah kehidupan kita. Penuh dengan kesementaraan..
Semua datang dan pergi. Hanya satu yang kekal:
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
(Surah ad-Duha, 93:3)
Allah sentiasa ada. Sama ada pada waktu Dhuha ataupun malam. Dia sentiasa ada bersama kita…. Tidak pernah sekali-kali membenci mahupun meninggalkan kita.