Amalkanlah doa Nabi Ibrahim ini.
Nabi Ibrahim adalah Rasul Ulul Azmi, yang sangat banyak bekorban, dan berjuang demi agama. Itupun Nabi Ibrahim masih risau amalnya tidak diterima, lalu berdoa:
"Ya Allah, terimalah amalku.."
Kita pula bagaimana? Amal ibadah kita sudahlah sedikit, banyak kekurangan pula tu. Adakah kita yakin Allah akan terima amal kita? Kerana itulah kita perlu banyakkan doa dengan doa Nabi Ibrahim ini, mudah-mudahan Allah terima segala amal kita.
-Ustaz Adnin Roslan-