Back to Suffah

Reflection

[Kekal Tenang, Percayalah Kita Akan Berjaya!]

Semakin kita meningkat usia, semakin mencabar kehidupan kita. Adakalanya kita rasa seperti mahu berputus asa. Letih dan lelah dengan semua perkara yang sedang berlaku. Begitu juga bagaimana semua perkara bergerak dengan laju pada zaman sekarang. Sehinggakan kita rasa sangat 'overwhelmed' dengan keadaan sekeliling.

Sebagai Muslim, kita perlu percaya bahawa al-Quran merupakan panduan kehidupan. Dalam keadaan mencabar, kita perlu sentiasa kembali kepada al-Quran. Maka, antara ayat penting yang boleh jadi motivasi buat kita untuk teruskan kehidupan dengan cemerlang ialah:

سَلَـٰمٌ عَلَيْكُم بِمَا صَبَرْتُمْ ۚ فَنِعْمَ عُقْبَى ٱلدَّارِ

Maksudnya:
(Memberi hormat dengan berkata): 'Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.

(Surah ar-Ra’d, 13:24)

Menurut Abul A'la al-Maududi dalam Tafheemul Quran, beliau mengatakan ayat ini menandakan berita gembira yang teramat sangat bagi mereka yang telah bersabar atas kehidupan di dunia yang penuh dengan cabaran. Para malaikat akan datang dengan bilangan yang banyak untuk memberikan salam. Salam ini menggambarkan dua berita yang gembira:

1) Sekarang berada di tempat yang penuh ketenangan
2) Tidak akan ada dukacita, bahaya dan kerisauan sama sekali

Masha Allah, sudah semestinya setiap dalam kalangan kita mahukan semua perkara ini, benar? Maka, ada ke tempat yang dimana semuanya tenang, dan tidak ada sesuatu yang perlu dirisaukan? Ada, iaitu Syurga!

Ayat ini mengajar kita satu mindset yang penting, iaitu 'futuristic mindset'. Sebagai orang beriman, kita perlu percaya bahawa apa-apa yang berlaku di dunia sebenarnya sebuah persediaan menuju akhirat. Setiap kesenangan, kesusahan yang dialami akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.

Oleh itu, kita perlu terus kuat dan tabah menghadapi kehidupan dunia. Jadikan syurga sebagai destinasi utama buat kita. Dengan cara ini, kita mampu untuk menambahkan daya tahan kita untuk menghadapi kehidupan dunia yang penuh dengan cabaran. Kekal tenang, percayalah kita akan berjaya!

Wallahu A'lam....

Ar-Ra'd (13:24)
"Peace [i.e., security] be upon you for what you patiently endured." And excellent is the final home. (24)
3:12 am · 6 Nov 26 · 0 Views
0 Replies 0 Reposts 0 Quotes 0 Likes 0 Bookmarks
No replies yet
Be the first to add your thoughts

There's more to see

Log in or create a free account to read more posts, replies and conversations on Suffah.

Log in Create account
Log in to reply