Salah satu punca banyak kejahatan yang dilakukan oleh manusia ialah apabila kita rasa dengki dengan orang lain.
Dengki dengan semua perkara yang orang lain ada, sedangkan kita tiada.
Syaitan suka sangat kalau kita dengki dengan orang lain. Sebab waktu itu dia lagi banyak bisik perkara-perkara jahat kat kita.
Macam mana nak hilangkan dengki ini? Satu sahaja, SYUKUR!
Bersyukur dengan apa yang kita ada. Dengan bersyukur kita akan sentiasa rasa semua apa yang kita ada dah cukup.
Kerana semua manusia dapat dengan kadar yang cukup bagi masing-masing.
{ فَٱذۡكُرُونِيٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُواْ لِي وَلَا تَكۡفُرُونِ }
Maksudnya:
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
(Surah al-Baqarah, 2:152)