Back to Suffah

Reflection

Hazmi Irsyad
10 Month ago

Pagi tadi saya termenung sebentar. Mengimbau kembali seluruh perjalanan hidup. Suka, duka, pahit dan manis yang pernah saya lalui.

Dalam detik yang sunyi itu, saya teringat sebuah fasa yang pernah membuatkan saya jatuh tersungkur. Fasa di mana saya tidak percaya pada diri sendiri. Rasa “insecure”, rasa kerdil bila melihat orang lain jauh lebih hebat, dan rasa seolah-olah diri ini tidak cukup apa-apa.

Waktu itu, saya masih ingat satu nasihat sahabat yang sangat membekas:

“Jangan fikir apa yang orang lain kata. Allah lebih tahu tentang diri kita berbanding manusia.”

Sejak hari itu, saya perlahan-lahan bangkit. Saya terus melangkah melakukan proses kecil yang saya percaya sedang menumbuhkan diri saya. Walaupun ada orang kata usaha itu sia-sia.

Dalam perjalanan itu, saya teringat satu ayat al-Quran yang sangat kuat untuk pertumbuhan jiwa kita:

أَلَيْسَ ٱللَّهُ بِأَحْكَمِ ٱلْحَـٰكِمِينَ

Maksudnya:
“Bukankah Allah (yang demikian kekuasaan-Nya) seadil-adil Hakim?”

(Surah At-Tin, 95:8)

Menurut al-Wahidi, ayat ini bermaksud bahawa setiap sesuatu yang Allah ciptakan dan tetapkan adalah bukti kepada ilmu-Nya yang sempurna dan hikmah-Nya yang tiada tandingan. Maha Tinggi Keagungan-Nya, Maha Suci Nama-Nya, dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia.

Ayat ini mengajarkan kita sesuatu yang sangat halus tetapi besar:

Jangan takut dengan penilaian manusia. Jangan biarkan pandangan orang lain menjadikan kita insecure.

Kerana manusia mengadili dengan emosi, sangka-sangka, dan keterbatasan.

Tetapi Allah mengadili dengan ilmu, kasih, dan hikmah yang sempurna.

Manusia mungkin tidak adil kepada kita.Tetapi Allah, al-Hakim, Maha Adil dalam setiap ketetapan-Nya.

Maka, teruskan melangkah. Terus maju walaupun sedikit, walaupun perlahan.

Selagi kita percaya bahawa Allah bersama setiap langkah, tiada apa pun yang mustahil.

Teruskan hidup dengan yakin, kerana Allah sentiasa tahu nilai diri kita, walaupun manusia tidak melihatnya.

Hazmi Irsyad
Mubeena Academy

At-Tin (95:8)
Is not Allāh the most just of judges? (8)
3:11 am · 6 Nov 26 · 0 Views
0 Replies 0 Reposts 0 Quotes 0 Likes 0 Bookmarks
No replies yet
Be the first to add your thoughts

There's more to see

Log in or create a free account to read more posts, replies and conversations on Suffah.

Log in Create account
Log in to reply