1. Perasan tak, dari ayat 1 hingga 9, setiap hujung ayat membuatkan kita membuka mulut dengan sebutan “aa”?
2. Apabila kita melihat sesuatu yang mengerikan, tindakan spontan kita akan menjerit, bukan? Sama perbuatan membuka mulut itu.
3. Masuk sempadan al-Waqiah maka bermulalah cerita tentang ngerinya peristiwa kiamat. Itu juga tandanya kita sudah melepasi kasih sayang ar-Rahman pada surah sebelumnya. Kali ini dalam siri perjalanan waqiah, kita sepatutnya menagih rasa kasihan yang menggunung daripada Allah SWT bersama sifat ar-Rahim.
4. Pada ayat 3, bumi ini akan mengasingkan makhluk menjadi 2️⃣ darjat, ditinggikan dan direndahkan. Mulia sifatnya ringan, maka senang terangkat dan hina pula sifatnya berat, tersekat di dasar.
5. Tiba-tiba pada ayat 7, daripada 2 darjat tadi plot twistnya bukan 2 tetapi 3 kumpulan pula yang akan terbentuk.
6. Saya agak tertarik dengan angka 3️⃣ pada ayat 7. Kerana selama berada di dalam Surah al-Rahman, banyak perkara dengan angka 2️⃣. Manusia dan jin, kurma dan rumman, lu’lu’ dan marjan, sepasang mata cantik bidadari.. dan banyak lagi.
7. Saya tiada jawapan berkenaan angka 2️⃣ dan 3️⃣ tersebut tetapi ada 4️⃣ pengajaran yang saya petik dari daurah siri 1 kelmarin:
* Percayalah dengan hari kiamat.
* Jangan pernah rasa amalan kita sudah tinggi macam gunung, takut nanti hanya tinggal debu.
* Jaga mulut! Seawal ayat kedua disebutkan كَاذِبَةٌ. Jangan bermudah segala perkara. Jangan beralasan pula bagi sesetengah perkara.
* Allah ﷻ beri option seat ekonomi dan first class. Tidak pernahkah terdetik dalam hati kita untuk duduk di first class?
8. Surah ini sepatutnya cerita tentang “kaya”, tetapi belum apa-apa sudah menggigil ngeri. Mungkin saya masih attached dengan kebendaan yang membuatkan saya belum rasa “kaya” sepenuhnya. 🥺
9. Kenalah study macam mana nak jadi penghuni as-sabiqun.