Surah ini dimulakan dengan huruf muqatta'ah الر. Biasanya kita melihat pada surah-surah lain, ia dipisahkan menjadi ayat yang berasingan dengan ayat selepasnya. Namun pada surah ini, ia tidak dipisahkan dengan ayat selepasnya.
Perkara yang menarik perhatian saya ialah pada kalimah تلك yang seolah-olah mengatakan kandungan al-Quran itu seperti الر yang terlalu unik, sistematik dan disusun indah sehingga menarik perhatian sesiapa yang mendengarnya.
Segala bentuk peraturan, hukum-hakam, sistem yang terkandung dalam al-Quran itu telah dicatur dan dibentuk dengan tahap kebijaksanaan yang luar biasa, yang tidak mungkin disusun oleh manusia. Setiap syariat menatijahkan kesan baik jika dilakukan dan kesan buruk jika ditinggalkan, dan kesan itu membentuk rantaian kesan-kesan (ripple effect) pada perkara lain.
Berbanding dengan peraturan yang disusun oleh manusia biasanya tidak menghasilkan kesan berantai-rantai. Tetapi menatijahkan kebaikan pada satu pihak, tetapi satu pihak lagi akan rugi.
Indahnya lagi, apabila ayat ini diakhiri dengan الْحَكِيمِ yang membuktikan hikmah kebijaksaan Allah sebagai Maha Pengatur dan Penguasa. MasyaAllah!